14 Julai 2012

LOT : Lack Of Time

Assalamualaikum
hurm untuk entry kali ni sebenarnya tiada rangkaan untuk di post kerana kesibukan bekerja siang dan mlm + baru daftar kursus inglish communication yg ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran.
hurm dah alang2 bekesempatan ada kat sini.. saya nak share ttg KETERUJAAN ..
apa yg teruja sgt tu ??
keterujaan yg pertama sbb lepas ne nak tinggalkan semenanjung m'sia..huhu
semalam result UPU keluar dan saya dapat tawaran ke unimas.. happy sbb dapat jauh nun disana tapi bidang yg sangkut tu agak merisaukan.. Sains Sosial-Kajian Kidmat Sosial.. tpi bila tanya senior2, dia org kata kos tu ok.. lega sikit dgr :)
tapi ada lagi yg buat saya mengeluh.. Emak.. mak kata pilih la yg dekat2 sini je.. buat rayuan utk U dekat sini je.. hurm :(
monolog dalam : mak, adah nk merantau.. adah nak pegi belajar je..time raya in sha Allah adah mesti balik punya :)
time raya nanti nk mintak sokongan dari akq untuk pujuk emak dan merelakan kepergian ku.. huhu
emak pleazz, relakan kepergian anakmu ini untuk belajar di sana..  pray for me ok ..
keterujaan ke dua.. terujaan menanti bulan Ramadhan.. bulan penuh barakah walaupun dah dapat bayang2 kehambaran pada ramadhan kali sbb kne meniage kat bazar karat a.k.a Bazar JB klw dah meniage kat bazar karat maknanya xdapat la nak solat tarawih :( seday.. tapi tetap seronok sbb ramadhan dah nak dekat. bulan SALE PAHALA besar besaran utk umat Islam. BONUS PAHALA berganda ganda yang tiada di bulan2 lain. tak ke seronok tu..
klw sepanjang tahun mcam tu bahagia hidup. monolog dalaman :boleh ke cakap mcam tu. atagfirullah halazim..
teruja teruja jgak... bila di kira2 ganti puasa masih berbaki sikit lagi.. atagfirullah halazim. p/s : kawan2 tolong la ingatkn sikit kawan anda yg teruk ni.. tinggal seminggu je lagi bulan Ramadhan nk sampai, harap sempat la nak ganti yg masih berbaki ne..
keterujaan ke tiga.. teruja untuk habiskan baca buku DOKTOR UMUM.. persoalan yg selama ini bermain di fikiran : kenapa begitu ramai yg menyanjungi Tun Dr Mahathir? akan terjawab secara teperinci setelah saya habis membaca buku itu nanti.. buku Doktor Umum tu mmg seronok, walaupun tidak dinafikan kadang2 agak bosan dengan huraian yg berjela jela.. tpi ia mmg sebuah buku yg menarik :) sesiapa yg baru nak kenal Tun, mcam saya ne, atau mmg meminati Tun kne beli buku ni.. harganya mmg berbaloi dengan ketebalannya.. nak story panjang pun, saya tak habis baca lagi. cuma nak share keterujaan utk menghabiskannya.
keterujaan ke empat : menghabiskan drama korea.. bad influens ni dtg sekembalinya dri trip bersama kawan2 ke melaka dan genting. meraka bercerita ttg tv show korea bermula dengan running man dan family outting. and I feel wondering to know best sgt ke drama korea ne. sebelum2 ne mmg ada layan jugak drama korea ne tpi biase2 je.. so saya pun layan la tv show bermula dengan family outting then try beli He's Beautiful.. belum habis he's beautiful dah beli secret garden, running man pun x tgk lagi..seronok la jgak layan cerita korea ne. 1 sbb kelakar, 2 hero yg ensem, 3 jalan cerita yg berbeza dgn cerita melayu. cerita korea mmg panjang bejela jela jela.. saya tgk 1 cerita, dekat nak 3 minggu x habis lagi ni.. monolog dalam : saya je kot yg mcam tu.
kje banyak, puasa dah nak dekat, cuti dah nak habis..
tetibe rase mcam nak cuti panjang lagi tpi pikir2 balik.. oh tidak.. dah tak sanggup .. SAYA MAHU BELAJAR.. SARAWAK eh UNIMAS HERE I COME!!!
sapa2 yg dpt unimas jgak tu.. kita jumpa disana nanti yaw..
wish me luck when I was there :)
sekian.
Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan