24 April 2012

Borak kosong


ehem2 hari ni nak share skit pendapat pasal Pembantu rumah vs pelakon seberang(luar). anda mesti tahu knpa nk saya borak pasal topik ni hari ni. yang tak thu.. buat2 tahu je..
Pembantu rumah dan pelakon luar... Apakah perbezaan atau persamaan antara mereka...? Mengapa ada mereka begitu cepat melinting apabila ada yang menyatakan pelakon luar setaraf dengan pembantu rumah. Hal ini mungkin berlaku kerana masyarakat kita terlalu memandang rendah akan pembantu rumah. Cuba kita fikirkan kembali bertapa besarnya peranan pembantu rumah dalam kehidupan masyarakat kita.  Persoalan pertama, "mengapa kita memerlukan pembantu rumah?"  kerana kita memerlukan seseorang yg dapat membantu urusan di rumah. Persoalan kedua, "mengapa perlu seseorang untuk membantu urusan rumah?"  kerana kita sudah sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Cuba bayangkan jika kita tidak ada pembantu rumah, mungkin rutin kerja di pejabat akan terganggu dan tidak teratur kerana perlu membahagikan masa untuk menguruskan hal rumah dan hal pejabat. Atau cuba bayangkan jika ramai yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Adakah kita dapat mengecapi kemewahan yang kita lalui sekarang? Adakah kita akan dapat melihat negara kita membanggun pesat seperti hari ini?  Mungkin ada yang tertanya-tanya, "bagaimana pula orang yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah sedangkan dia juga seorang suri rumah?" Ya, memang ada yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah sedangkan dia juga seorang suri rumah. Hal ini berikutan corak kehidupan kita sudah berubah dari bekerja untuk menampung keperluan keluarga menjadi bekerja untuk menampung keluarga dan menggumpul harta(menggumpul aset sebannyak yg mungkin). Kemewahan yang di kecapi itu membolehkan meraka mampu untuk mennggaji pembantu rumah walaupun hanya sang suami sahaja yang bekerja. Apa yang kita nikmati sekarang adalah hasil usaha anak bangsa kita yang mambanting tulang bekerja siang dan malam tanpa kita sedari. Mungkin kita tidak sedar hal ini kerana niat kita berkerja adalah untuk mandapat pendapatan lebih dan kehidupan yang selesa. Oleh yang demikian dapat kita lihat bertapa besarnya impak perkhidmatan pembantu rumah tidak kiralah dia orang kita atau warganegara asing. Kita tidak sepatutnya memandang terlalu redah terhadap perkhidmatan pembantu rumah sehinggakan begitu cepat melenting apabila pelakon luar di ibaratkan seperti pembantu rumah. Perkidmatan mereka juga sangat besar sebernya, cuma kita je yang mungkin kurang atau tidak sedar. Pelakon luar juga datang negara kita untuk mencari rezeki, bekerja, mereka  berlakon dalam industri seni kita yang secara tidak langsung juga membantu menaikkan kualiti industri seni tanah air.  Bukan nak berbangga dengan perkhidmatan mereka tapi bersyukur dengan adanya perkidmatan(bantuan) mereka, kita yang senang. Apapun orang kita juga yang bekerja membanting tulang, orang kita juga yang mengarah filem, mereka hanya membantu. Berbanggalah dengan anak jati kita, Malaysia. Ujung ujungnya nama Malaysia kita juga yang naik. Kita juga yang bangga. Akhir kata saya minta maaf jika terkasar bahasa atau kata kata diatas menyinggung mana mana pihak. Tiada niat untuk membela atau merendahkan mana mana pihak, ini hanya perkongsian pendapat dari seorang Pemerhati yang Jahil. Yang baik semuanya datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.
monolog dalaman: amik kau, mak minah membebel ..
sekian.
Assalamualaikum :)