12 Mac 2014

What's On My Mind

Berkerak sudah habuk di blog ni..
*hampir setahun kot tak update. segan pulak nak menulis.

Semoga kita sihat dan ceria selalu.


Sekalung ucapan takziah untuk penumpang dan anak kapal MH370 yg masih tidak dapat di kesan, hari ini sudah masuk hari ke-4 kapal berkenaan hilang daripada pandangan manusia. Berita setakat semalam, ada Bomoh VIP dtg dgn jemputan untuk membantu. Oh melayu ku~~ apapun marilah kita terus berdoa Semoga para penumpang dan ank kapal berada dalam jagaan Allah. PrayHardForThem.

Selamat bertanding saya ucapkan kepada isteri Datuk Seri Anuar Ibrahim; Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yg bertanding dalam pilihanraya Kajang bgi mengantikan Datuk Seri Anuar Ibrahim yg dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun berikutan kes sodomy. Hari ini pkul 10pagi tadi, penamaan calon sudah ditutup. Wan Azizah vs Mei Fun. Semoga yang benar akan tertegak dan dan melencong ke laut akan sedar diri.

Tengah hari ini redup dan damai pemandangan Unimas dari Cais.. Perut mula bergendang, teringat pulak ayam Rm 1 yg PM kita beli tu.. Klw la aku boleh "bijak berbelanja" seperti beliau. Malangnya rakyat seperti aku ini sering diperbodoh dek permainan "org2 bijak" itu.. Apala nasib rakyat marhaen mcm aku ni.
Hari pembebasan sudah pun tiba iaitu aku tidak perlu lagi berlatih silat untuk WajaDiriSabah. Bukan tak nak pergi tapi banyak sgt kekangan. Tpi Alhamdulillah dr kelas2 latihan itu aku dapat belajar lebih sikit dr ahli2 yglain.. Klw ada rezeki lebih nak jugak pergi melihat kejohanan tersebut namun makcik2 di unimas ni masih belum ada yg menjual ayam Rm1, makanya tabungan aku tidak mencukupi untuk membeli tiket penerbangan.. Yg tinggal hanyalah gambar kenang kenangan. Lepas ni kelas tetap akan diteruskan seperti kebiasaan.

Assignment bertingkat-tingkat..!  :D

Tataaa~~~
Assalamualikum :)

30 Mac 2013

TMX CLASS


Memandangkan hari ni cuma ada beberapa minit je yg mampu di curi untuk update blog maka tiada apa pengisian yg dapat di kongsi cuma nak share benda yang annoying ...
Hasil pembelajaran selama dua jam dalam kelas TMX ..
Masa bila kelas asas pengkomputeran menjadi kelas lukisan pun saya xtahu sbb ini bukan hasil tgn saya yang kayu.. Seseorang yang bernama sahabat, itulah sang pelukis.. *cartoon je dlm kepala dia =.="
Sekian.
Assalamualaikum.

28 Mac 2013

Ber bin Syukur


Siapa yang kenal Ber bin Syukur??
hurmm topik hari ni, nak cakap pasal dialah, Ber bin Syukur atau lebih di kenali sebagai BERSYUKUR.
Mula2 saya nk share satu story dlu yang membuatkan terlahirnya topik ini.
'Pada suatu hari, telah makan saya di Pohon Emas berseorangan. Hatta setelah beberapa minit, terisi bangku kosong di sebelah saya dengan seseorang. Di singkatkan cerita, dia mengomel kepada kawannya bahawa makanannya di kenakan bayaran yang mahal. Namun akhirnya setelah dia selesai makan, makanannya tidak jua di habiskan'.
monolog dalam : kenapa engkau membebel tadi, tapi sekarang engkau tak habiskan pun makanan engkau tu. cuba bayangkan makan tu mcam duit kau, aku yakin mesti licin pinggan tu.
erm Mungkin dia tidak kenal BerSyukur.
Selepas kejadian berkenaan, setiap kali saya melihat makanan pasti peristiwa tersebut bermain di fikiran. sehingga akhirnya saya tersedar itu adalah peringatan halus dari Allah Swt. untuk saya kenal dengan lebih rapat dan bercinta secara seriuos dengan Ber bin Syukur. Alhamdulillah
Jom kita review sikit tentang BERSYUKUR :)
Bersyukur  dalam pengertian khusus ialah memperlihatkan pengaruh nikmat ilahi pada diri seseorang hamba melalui kalbunya dengan beriman, melalui lisannya dengan menyatakan pujian dan sanjungan, melalui anggota tubuhnya dengan mengerjakan amal ibadah serta taat akan segala perintah-Nya.
Mengapa kita kena bersyukur :
  • Allah Swt. yang telah menjadikan manusia dan seluruh mahluk.
  • Allah Swt. menjadikan malam dan siang.
  • Allah Swt.yang mengeluarkan rezeki dari perut bumi.
  • Allah Swt. menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan.
  • Allah Swt. yang mengurniakan ilmu.
Kelebihan orang yang bersyukur :
  • Rezeki akan bertambah.
  • Diberikan hikmah kebijaksanaan.
  • Tidak akan disiksa di akhirat.
  • Orang yang mula-mula masuk syurga.
Cara bersyukur :
  • Sentiasa memuji Allah Swt.
  • Mendirikan solat.
  • Bersujud Syukur kepada Allah Swt.
Akibat tidak bersyukur :
  • Mudah diperdaya oleh syaitan.
  • Ditimpa bala bencana.
  • Di azab oleh Allah Swt.
monolog dalaman : teringat pula nota pendidikan islam masa sekolah dulu :)
Apabila kita bersyukur kita pasti akan lebih menghargai diri sendiri, sentiasa ingat dan mencintai Allah Swt. dan rasul, mampu mengembangkan pemikiran positif dan meninggalkan perkara kufur. In sha Allah.
Untuk hujah lanjut konsep bersyukur

PENGAJARAN & PERINGATAN : "Sebagaimana kita tidak mempersoalkan kesenangan yang datang, kita juga tidak patut mempersolkan musibah yang datang" - Syed Alwi Alatas. Jika rezeki dah ada depan mata janganlah kita menghina (membebel, komen, merungut dll) Sekiranya ia kurang baik bagi kita, jadikan ia pengajaran untuk hari yang mendatang.
Dan janganlah kita cepat menghukum orang padahal ia adalah penghinaan untuk kita jua. Tidak ada perkara yang berlaku tanpa izin dari-Nya, maka carilah hikmah di setiap sudut peristiwa yang berlaku. Semoga kita mampu meneropong setiap peristiwa dengan pandangan penghargaan dan pahala. 
Rujukan : akrampiba.blogspot dan buku Komarudin Idnu Mikam.
sekian.
ASSALAMUALAIKUM .

21 Mac 2013

BISUL




fuh.fuh.fuhh..*lap2 habuk. : monolog dalaman "haihh tebal betul habuk, lama sgt dah x update blog ni.. p/s: tlg jgn tanya KENAPA..
ehem2..hari ni dtg mood nak update sbb line wifi kolej tersangat laju ..
so hari ni saya nk share story pasal BISUL .. apa yg anda tahu pasal bisul? yang saya tahu bisul tu hanya di p_ _ gg _ _g akibat duduk atas bantal. sebelum ni xpernah tgk dan tahu rupa bisul mcam mna..
The story bgan when something like jerawat tumbuh kat ..umm xpyh la ckp tapi yg penting bukan kat p******* la.. mula2 mmg ingatkn jerawat tapi dah dua tiga hari, sama ja mcam tu. tiada perubahan. tanya member, member kata bisul.. OMG2!! then lepas tu trus google image for bisul .. OMG. menggerunkan.. x percaya? pegi la try google. (sekarang, then baru sambung baca balik) fuhh mintaK jauh la uiii ... risau punya pasal, try tanya emak how the bisul tu looks like.. oh tidak.. emak pun cakap itu bisul :( .
Then emak pesan "KOREK HIDUNG DAN SAPU DI SITU, SELALU!! JGN SEKALI SEKALI JE, SUPAYA DIA CEPAT MASAK".
monolog dalaman :  emak.. tahi hidung?? selalu ?? apa punya petua la ni .. but I said to my mom "OK MAK".
At the end of story day by day, dia susut dan semakin menghilang. tanpa meninggalkan kesan apa2 .. ALHAMDULILLAH :') 

PENGAJARAN & PERINGATAN : mula2 tgk gambar dan dgr story buruk pasal bisul .. perasaan takut dtg .. but di situ saya tersedar : " JANGAN LETAK RASA TAKUT SELAIN TAKUT KEPADA ALLAH .. segala yg berlaku dengan izin Allah, maka hanya kepada Allah tempat bergantung..." 
so stay cool and pray hard :)*jgn lupa berusaha sebelum bergantung. tahi hidung, tetap tahu hidung. :D
lepas ni kena tingkatkn lagi tahap PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI, KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN kan.

Sekian.
 ASSLAMUALAIKUM WBT ..

14 Julai 2012

LOT : Lack Of Time

Assalamualaikum
hurm untuk entry kali ni sebenarnya tiada rangkaan untuk di post kerana kesibukan bekerja siang dan mlm + baru daftar kursus inglish communication yg ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran.
hurm dah alang2 bekesempatan ada kat sini.. saya nak share ttg KETERUJAAN ..
apa yg teruja sgt tu ??
keterujaan yg pertama sbb lepas ne nak tinggalkan semenanjung m'sia..huhu
semalam result UPU keluar dan saya dapat tawaran ke unimas.. happy sbb dapat jauh nun disana tapi bidang yg sangkut tu agak merisaukan.. Sains Sosial-Kajian Kidmat Sosial.. tpi bila tanya senior2, dia org kata kos tu ok.. lega sikit dgr :)
tapi ada lagi yg buat saya mengeluh.. Emak.. mak kata pilih la yg dekat2 sini je.. buat rayuan utk U dekat sini je.. hurm :(
monolog dalam : mak, adah nk merantau.. adah nak pegi belajar je..time raya in sha Allah adah mesti balik punya :)
time raya nanti nk mintak sokongan dari akq untuk pujuk emak dan merelakan kepergian ku.. huhu
emak pleazz, relakan kepergian anakmu ini untuk belajar di sana..  pray for me ok ..
keterujaan ke dua.. terujaan menanti bulan Ramadhan.. bulan penuh barakah walaupun dah dapat bayang2 kehambaran pada ramadhan kali sbb kne meniage kat bazar karat a.k.a Bazar JB klw dah meniage kat bazar karat maknanya xdapat la nak solat tarawih :( seday.. tapi tetap seronok sbb ramadhan dah nak dekat. bulan SALE PAHALA besar besaran utk umat Islam. BONUS PAHALA berganda ganda yang tiada di bulan2 lain. tak ke seronok tu..
klw sepanjang tahun mcam tu bahagia hidup. monolog dalaman :boleh ke cakap mcam tu. atagfirullah halazim..
teruja teruja jgak... bila di kira2 ganti puasa masih berbaki sikit lagi.. atagfirullah halazim. p/s : kawan2 tolong la ingatkn sikit kawan anda yg teruk ni.. tinggal seminggu je lagi bulan Ramadhan nk sampai, harap sempat la nak ganti yg masih berbaki ne..
keterujaan ke tiga.. teruja untuk habiskan baca buku DOKTOR UMUM.. persoalan yg selama ini bermain di fikiran : kenapa begitu ramai yg menyanjungi Tun Dr Mahathir? akan terjawab secara teperinci setelah saya habis membaca buku itu nanti.. buku Doktor Umum tu mmg seronok, walaupun tidak dinafikan kadang2 agak bosan dengan huraian yg berjela jela.. tpi ia mmg sebuah buku yg menarik :) sesiapa yg baru nak kenal Tun, mcam saya ne, atau mmg meminati Tun kne beli buku ni.. harganya mmg berbaloi dengan ketebalannya.. nak story panjang pun, saya tak habis baca lagi. cuma nak share keterujaan utk menghabiskannya.
keterujaan ke empat : menghabiskan drama korea.. bad influens ni dtg sekembalinya dri trip bersama kawan2 ke melaka dan genting. meraka bercerita ttg tv show korea bermula dengan running man dan family outting. and I feel wondering to know best sgt ke drama korea ne. sebelum2 ne mmg ada layan jugak drama korea ne tpi biase2 je.. so saya pun layan la tv show bermula dengan family outting then try beli He's Beautiful.. belum habis he's beautiful dah beli secret garden, running man pun x tgk lagi..seronok la jgak layan cerita korea ne. 1 sbb kelakar, 2 hero yg ensem, 3 jalan cerita yg berbeza dgn cerita melayu. cerita korea mmg panjang bejela jela jela.. saya tgk 1 cerita, dekat nak 3 minggu x habis lagi ni.. monolog dalam : saya je kot yg mcam tu.
kje banyak, puasa dah nak dekat, cuti dah nak habis..
tetibe rase mcam nak cuti panjang lagi tpi pikir2 balik.. oh tidak.. dah tak sanggup .. SAYA MAHU BELAJAR.. SARAWAK eh UNIMAS HERE I COME!!!
sapa2 yg dpt unimas jgak tu.. kita jumpa disana nanti yaw..
wish me luck when I was there :)
sekian.
Assalamualaikum..

24 April 2012

Borak kosong


ehem2 hari ni nak share skit pendapat pasal Pembantu rumah vs pelakon seberang(luar). anda mesti tahu knpa nk saya borak pasal topik ni hari ni. yang tak thu.. buat2 tahu je..
Pembantu rumah dan pelakon luar... Apakah perbezaan atau persamaan antara mereka...? Mengapa ada mereka begitu cepat melinting apabila ada yang menyatakan pelakon luar setaraf dengan pembantu rumah. Hal ini mungkin berlaku kerana masyarakat kita terlalu memandang rendah akan pembantu rumah. Cuba kita fikirkan kembali bertapa besarnya peranan pembantu rumah dalam kehidupan masyarakat kita.  Persoalan pertama, "mengapa kita memerlukan pembantu rumah?"  kerana kita memerlukan seseorang yg dapat membantu urusan di rumah. Persoalan kedua, "mengapa perlu seseorang untuk membantu urusan rumah?"  kerana kita sudah sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Cuba bayangkan jika kita tidak ada pembantu rumah, mungkin rutin kerja di pejabat akan terganggu dan tidak teratur kerana perlu membahagikan masa untuk menguruskan hal rumah dan hal pejabat. Atau cuba bayangkan jika ramai yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Adakah kita dapat mengecapi kemewahan yang kita lalui sekarang? Adakah kita akan dapat melihat negara kita membanggun pesat seperti hari ini?  Mungkin ada yang tertanya-tanya, "bagaimana pula orang yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah sedangkan dia juga seorang suri rumah?" Ya, memang ada yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah sedangkan dia juga seorang suri rumah. Hal ini berikutan corak kehidupan kita sudah berubah dari bekerja untuk menampung keperluan keluarga menjadi bekerja untuk menampung keluarga dan menggumpul harta(menggumpul aset sebannyak yg mungkin). Kemewahan yang di kecapi itu membolehkan meraka mampu untuk mennggaji pembantu rumah walaupun hanya sang suami sahaja yang bekerja. Apa yang kita nikmati sekarang adalah hasil usaha anak bangsa kita yang mambanting tulang bekerja siang dan malam tanpa kita sedari. Mungkin kita tidak sedar hal ini kerana niat kita berkerja adalah untuk mandapat pendapatan lebih dan kehidupan yang selesa. Oleh yang demikian dapat kita lihat bertapa besarnya impak perkhidmatan pembantu rumah tidak kiralah dia orang kita atau warganegara asing. Kita tidak sepatutnya memandang terlalu redah terhadap perkhidmatan pembantu rumah sehinggakan begitu cepat melenting apabila pelakon luar di ibaratkan seperti pembantu rumah. Perkidmatan mereka juga sangat besar sebernya, cuma kita je yang mungkin kurang atau tidak sedar. Pelakon luar juga datang negara kita untuk mencari rezeki, bekerja, mereka  berlakon dalam industri seni kita yang secara tidak langsung juga membantu menaikkan kualiti industri seni tanah air.  Bukan nak berbangga dengan perkhidmatan mereka tapi bersyukur dengan adanya perkidmatan(bantuan) mereka, kita yang senang. Apapun orang kita juga yang bekerja membanting tulang, orang kita juga yang mengarah filem, mereka hanya membantu. Berbanggalah dengan anak jati kita, Malaysia. Ujung ujungnya nama Malaysia kita juga yang naik. Kita juga yang bangga. Akhir kata saya minta maaf jika terkasar bahasa atau kata kata diatas menyinggung mana mana pihak. Tiada niat untuk membela atau merendahkan mana mana pihak, ini hanya perkongsian pendapat dari seorang Pemerhati yang Jahil. Yang baik semuanya datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.
monolog dalaman: amik kau, mak minah membebel ..
sekian.
Assalamualaikum :)

27 Februari 2012

Si Anak Tokey

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Siapa Anak Tokey sini ??
Untung ke tidak jadi anak tokey ne?? Mesti la untungkn...
Tapi sbb ape untung?? Dari segi mna untungnya??
Haa.. Ni nak story la ne.. Dari kecik lagi saya di besarkn dgn bisnes... Kedai dah mcam rumah ke dua.. Pagi pagi bute dah keluar rumah bkak kedai then baru pergi sekolah.. Balik sekolah rehat kat kedai sambil tolong jadi cashier.. Kedai apa sebenarnya ne?? Kedai runcit je laa.. Kedai tu ada sampai sekarang tpi akq dah take over .. Sbb mak dah buat bisnes lain... Bisnes ape pulak??
Mengembala kambing.. Sape yg nak beli untuk makan ke kenduri ke ape2 la, blh caling2.. Klw nak kambing golek pon ada.. Mane untung nya jadi anak tokey??? Untung bila dah habis sekolah. Kenapa?? Sbb xpayah susah2 nak carik kerja, kerja je ngan famly.. Tapi ada jugak yg nak berdikari, xnak kerja dlm bisnes family... ramai la jgak kawan2 seangkatan dengan saya yang keje ngan family dia mereka.. Mgg goyang kaki la sbb blh kerja ikot time sendiri, duit masyuk.. Tup2 dah pakai saga baru. Hahaa.. Org lain kje bagai nak rak baru dapt angkat viva.. Tapi kadang2 terpikir jugak nak carik pengalaman kje luar sbb kje ngan family sendiri ngan kje luar ne lain.. Kje sendiri blh ikot time sendiri, kje ngan org kne ikot time dia org.. Jadi kuli la katekn.. tapi jadi kuli tu mesti, untuk pengalaman jadi tokey.. In sha Allah. Nak jadi tokey kena la mula dari bawah.kan? Klw dah jadi tokey jgn la pandang rendah kat pekerja2 bawahan.. Sememangnya tanpa mereka perniagaan yg dijalankn tidak akan bergerak..
sekian.
Assalamualaikum..