*hampir setahun kot tak update. segan pulak nak menulis.
Semoga kita sihat dan ceria selalu.
Selamat bertanding saya ucapkan kepada isteri Datuk Seri Anuar Ibrahim; Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yg bertanding dalam pilihanraya Kajang bgi mengantikan Datuk Seri Anuar Ibrahim yg dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun berikutan kes sodomy. Hari ini pkul 10pagi tadi, penamaan calon sudah ditutup. Wan Azizah vs Mei Fun. Semoga yang benar akan tertegak dan dan melencong ke laut akan sedar diri.
Tengah hari ini redup dan damai pemandangan Unimas dari Cais.. Perut mula bergendang, teringat pulak ayam Rm 1 yg PM kita beli tu.. Klw la aku boleh "bijak berbelanja" seperti beliau. Malangnya rakyat seperti aku ini sering diperbodoh dek permainan "org2 bijak" itu.. Apala nasib rakyat marhaen mcm aku ni.
Hari pembebasan sudah pun tiba iaitu aku tidak perlu lagi berlatih silat untuk WajaDiriSabah. Bukan tak nak pergi tapi banyak sgt kekangan. Tpi Alhamdulillah dr kelas2 latihan itu aku dapat belajar lebih sikit dr ahli2 yglain.. Klw ada rezeki lebih nak jugak pergi melihat kejohanan tersebut namun makcik2 di unimas ni masih belum ada yg menjual ayam Rm1, makanya tabungan aku tidak mencukupi untuk membeli tiket penerbangan.. Yg tinggal hanyalah gambar kenang kenangan. Lepas ni kelas tetap akan diteruskan seperti kebiasaan.
Assignment bertingkat-tingkat..! :D
Tataaa~~~
Assalamualikum :)
