30 Mac 2013

TMX CLASS


Memandangkan hari ni cuma ada beberapa minit je yg mampu di curi untuk update blog maka tiada apa pengisian yg dapat di kongsi cuma nak share benda yang annoying ...
Hasil pembelajaran selama dua jam dalam kelas TMX ..
Masa bila kelas asas pengkomputeran menjadi kelas lukisan pun saya xtahu sbb ini bukan hasil tgn saya yang kayu.. Seseorang yang bernama sahabat, itulah sang pelukis.. *cartoon je dlm kepala dia =.="
Sekian.
Assalamualaikum.

28 Mac 2013

Ber bin Syukur


Siapa yang kenal Ber bin Syukur??
hurmm topik hari ni, nak cakap pasal dialah, Ber bin Syukur atau lebih di kenali sebagai BERSYUKUR.
Mula2 saya nk share satu story dlu yang membuatkan terlahirnya topik ini.
'Pada suatu hari, telah makan saya di Pohon Emas berseorangan. Hatta setelah beberapa minit, terisi bangku kosong di sebelah saya dengan seseorang. Di singkatkan cerita, dia mengomel kepada kawannya bahawa makanannya di kenakan bayaran yang mahal. Namun akhirnya setelah dia selesai makan, makanannya tidak jua di habiskan'.
monolog dalam : kenapa engkau membebel tadi, tapi sekarang engkau tak habiskan pun makanan engkau tu. cuba bayangkan makan tu mcam duit kau, aku yakin mesti licin pinggan tu.
erm Mungkin dia tidak kenal BerSyukur.
Selepas kejadian berkenaan, setiap kali saya melihat makanan pasti peristiwa tersebut bermain di fikiran. sehingga akhirnya saya tersedar itu adalah peringatan halus dari Allah Swt. untuk saya kenal dengan lebih rapat dan bercinta secara seriuos dengan Ber bin Syukur. Alhamdulillah
Jom kita review sikit tentang BERSYUKUR :)
Bersyukur  dalam pengertian khusus ialah memperlihatkan pengaruh nikmat ilahi pada diri seseorang hamba melalui kalbunya dengan beriman, melalui lisannya dengan menyatakan pujian dan sanjungan, melalui anggota tubuhnya dengan mengerjakan amal ibadah serta taat akan segala perintah-Nya.
Mengapa kita kena bersyukur :
  • Allah Swt. yang telah menjadikan manusia dan seluruh mahluk.
  • Allah Swt. menjadikan malam dan siang.
  • Allah Swt.yang mengeluarkan rezeki dari perut bumi.
  • Allah Swt. menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan.
  • Allah Swt. yang mengurniakan ilmu.
Kelebihan orang yang bersyukur :
  • Rezeki akan bertambah.
  • Diberikan hikmah kebijaksanaan.
  • Tidak akan disiksa di akhirat.
  • Orang yang mula-mula masuk syurga.
Cara bersyukur :
  • Sentiasa memuji Allah Swt.
  • Mendirikan solat.
  • Bersujud Syukur kepada Allah Swt.
Akibat tidak bersyukur :
  • Mudah diperdaya oleh syaitan.
  • Ditimpa bala bencana.
  • Di azab oleh Allah Swt.
monolog dalaman : teringat pula nota pendidikan islam masa sekolah dulu :)
Apabila kita bersyukur kita pasti akan lebih menghargai diri sendiri, sentiasa ingat dan mencintai Allah Swt. dan rasul, mampu mengembangkan pemikiran positif dan meninggalkan perkara kufur. In sha Allah.
Untuk hujah lanjut konsep bersyukur

PENGAJARAN & PERINGATAN : "Sebagaimana kita tidak mempersoalkan kesenangan yang datang, kita juga tidak patut mempersolkan musibah yang datang" - Syed Alwi Alatas. Jika rezeki dah ada depan mata janganlah kita menghina (membebel, komen, merungut dll) Sekiranya ia kurang baik bagi kita, jadikan ia pengajaran untuk hari yang mendatang.
Dan janganlah kita cepat menghukum orang padahal ia adalah penghinaan untuk kita jua. Tidak ada perkara yang berlaku tanpa izin dari-Nya, maka carilah hikmah di setiap sudut peristiwa yang berlaku. Semoga kita mampu meneropong setiap peristiwa dengan pandangan penghargaan dan pahala. 
Rujukan : akrampiba.blogspot dan buku Komarudin Idnu Mikam.
sekian.
ASSALAMUALAIKUM .

21 Mac 2013

BISUL




fuh.fuh.fuhh..*lap2 habuk. : monolog dalaman "haihh tebal betul habuk, lama sgt dah x update blog ni.. p/s: tlg jgn tanya KENAPA..
ehem2..hari ni dtg mood nak update sbb line wifi kolej tersangat laju ..
so hari ni saya nk share story pasal BISUL .. apa yg anda tahu pasal bisul? yang saya tahu bisul tu hanya di p_ _ gg _ _g akibat duduk atas bantal. sebelum ni xpernah tgk dan tahu rupa bisul mcam mna..
The story bgan when something like jerawat tumbuh kat ..umm xpyh la ckp tapi yg penting bukan kat p******* la.. mula2 mmg ingatkn jerawat tapi dah dua tiga hari, sama ja mcam tu. tiada perubahan. tanya member, member kata bisul.. OMG2!! then lepas tu trus google image for bisul .. OMG. menggerunkan.. x percaya? pegi la try google. (sekarang, then baru sambung baca balik) fuhh mintaK jauh la uiii ... risau punya pasal, try tanya emak how the bisul tu looks like.. oh tidak.. emak pun cakap itu bisul :( .
Then emak pesan "KOREK HIDUNG DAN SAPU DI SITU, SELALU!! JGN SEKALI SEKALI JE, SUPAYA DIA CEPAT MASAK".
monolog dalaman :  emak.. tahi hidung?? selalu ?? apa punya petua la ni .. but I said to my mom "OK MAK".
At the end of story day by day, dia susut dan semakin menghilang. tanpa meninggalkan kesan apa2 .. ALHAMDULILLAH :') 

PENGAJARAN & PERINGATAN : mula2 tgk gambar dan dgr story buruk pasal bisul .. perasaan takut dtg .. but di situ saya tersedar : " JANGAN LETAK RASA TAKUT SELAIN TAKUT KEPADA ALLAH .. segala yg berlaku dengan izin Allah, maka hanya kepada Allah tempat bergantung..." 
so stay cool and pray hard :)*jgn lupa berusaha sebelum bergantung. tahi hidung, tetap tahu hidung. :D
lepas ni kena tingkatkn lagi tahap PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI, KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN kan.

Sekian.
 ASSLAMUALAIKUM WBT ..